Selasa, 30 Oktober 2012

aNaK...

tadi waktu sedang memandu ke opis, aku dengar ni dua orang deejay saling bertanya nak berapa orang anak bila sudah kawin nanti...terus deejay perempuan ni bilang, dia nak 5 orang anak...huuuu...senyum-senyum aku mendengarnya...sekarang, excited lah sangat nak 5 orang anak...nanti bila sudah kawin..keluar satu dua orang anak, merasa la kau sana...

trus aku teringat perbualan aku dulu-dulu dengan abah..time tu belum panggil abah lagi...baru kawin..masih ada panggilan romantik sikit..sekarang sudah tak boleh panggil panggilan romantik lagi..anak-anak pandai ikut panggil memanggil...komik pula...

"my dear...berapa kira-kira kau mau anak?" ni aku yang tanya...terus abah jawab.."aku kan suka yang meriah-meriah..kalau boleh...kalaulahhhhh...mau 4 orang"

aku berfikir-fikir juga..sebab aku ni 3 orang bersaudara saja..bila kami semua meningkat dewasa, aku selalu dengar si mama bersesal-sesal (menggunakan perkataan dengan sembarangan...).."sayang bah..cuba lah kalau 4 itu...ni 3 orang saja..." jadi aku ni seolah-olah macam tak mau la bersesal-sesal macam si mama...lalu kepingin la juga kalau dapat buat...'buat'? empat orang anak...heheheheh

lalu...dipendekkan cerita...beberapa minggu saja lepas kawin...aku disahkan mengandung...wahhhhh...efisen sungguh menghasilkan produk kan...akhirnya...pada 20 April 2008..lahirlah anak ku yang pertama..anak perempuan yang diberi nama Ruth Augie..(ada orang kata..nama dia futuristik...hurrrmmmm pulaaaa...)..agak-agak besar sedikit c Augie nie..terpikir la pula...kesian dia tiada kawan...bagus buat lagi satu untuk jadi teman bermain nya..macam mudah saja kan...memandangkan kilang sentiasa diservis...maka satu lagi produk dapat dihasilkan...menjadikan..kami sudah ada dua produk...yang kedua ni pun perempuan juga..sesuai amatlah menjadi teman sepermainan kepada yang sulung tu...diberi nama Ruth Adel..(ermmmm....lembut ja lidah menyebut...Adelllll...)

nah...di sana la aku merasa....kepingin sangat mau empat??!! ni baru dua....dua saja sudah cukup membuatkan aku merasa dunia ini sesak...macam rasa penduduk di dunia cukup padat jaaaa..yang kalau tambah lagi satu..memang dah tak boleh nak tarik nafas...apatah lagi kalau tambah dua...tak bergerak langsung la jadinya...

lalu aku dan abah seperti memahami secara automatiknya...kini..tidak terlintas di fikiran kami untuk menambah...dua orang itu sudah LEBIH dari mencukupi...sudah rasa cukup banyaaaaakkkk...

jadi...kalau ada yang bertanya-tanya bila lagi mau menambah...aku suruh dia sendiri yang beranak...miahahahahah...gurau jer...

cukup cantik dah nie...

Mummy & Abah LOVE Ruth Augie & Ruth Adel

Rabu, 24 Oktober 2012

Recovery - 21 Days

Aku sudah lupa bahawa hari ini adalah hari yang ke 21 itu..tadi semasa aku sedang memandu, Tab ku yang ku sayangi berbunyi...lalu, sebelah tangan pegang stereng..sebelah tangan korek bag keluarkan Tab..sempat aku terkejut bila yang kelihatan di skrin Tab itu "Recovery - 21 Days"...eiiii?? apakebende nie...period?? nda mungkin...atau ada janjitemu dengan pakar sakit puan?? sudah berlalu pun...

sekali aku memandang keluar tingkap kereta...seolah-olah aku mendapat jawapan dari sana...ya..terus aku teringat...hari ini aku telah men'set' kan di calendar Tab ku bahawa hari ini adalah hari yang ke 21 aku selesai melalui proses pemulihan itu...

hurrrmmm...nampaknya...sia-sia...aku rasa..hari ini baru nak bermula proses itu...selama 21 hari yg lalu aku gagal...mungkin sukar untuk melakukannya sendirian tanpa kekuatan dan penyerahan yang sungguh-sungguh kepada Tuhan....

Isnin, 15 Oktober 2012

Berbalik pada kenangan...

Kadang kala kita tidak suka memikirkan hal-hal yang sudah lama berlalu...bagi sesetengah orang..yang berlalu itu biarlah sekadar menjadi kenangan yang terukir..apatah lagi kalau itu ialah kenangan yang pahit, lagilah orang tak nak fikirkan balik..

tapi hari ini...bila aku putar balik rakaman yang pernah dirakam setahun yang lalu...membuatkan aku menyedari bahawa mengimbau kembali kenangan itu sangat-sangat menyedarkan aku posisi diri ku pada masa kini...

kenangan lalu itu membuatkan aku berfikir sedalam-dalamnya apakah keputusan-keputusan yang ku ambil sekarang ini benar atau tidak...kenangan lalu itu juga membuatkan aku berfikir apakah tindak tanduk ku sekarang ini benar atau tidak...

dan melalui imbauan kenangan ini..membuatkan aku menyedari betapa aku mencintai kehidupan ku yang lalu...kehidupan yang sebelum semuanya ini bermula...kehidupan yang tidak menuntut aku untuk selalu memikirkan hal-hal yang sia-sia...


Andaikan ku harus memilih..satu pujian yang sangat memberi inspirasi kepadaku..seandainya aku berdiri di antara dua pilihan yang mana aku harus memilih salah satu dari antaranya..di manakah yang menjadi pilihan ku...kiri atau kanan...atau pun depan atau belakang? tapi dengan menyanyikan pujian ini, secara tidak langsung aku sudah menyatakan ikrar ku kepada Tuhan bahawa seandainya aku harus memilih...tetap hatiku padaNYA..dan ini juga bermaksud bahawa...aku juga berikrar untuk memilih semuanya yang diinginkan dan dikehendaki Tuhan di dalam hidupku...aku harus memilih semuanya yang telah diberkati Tuhan dan dalam masa yang sama..melepaskan semuanya yang tidak berkenan di hadapanNYA...

Rabu, 10 Oktober 2012

21 Hari...

Aku teringat perbualan ku dengan seorang teman minggu lalu...dia ni dalam rangka untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya...banyak sekali dugaan yang dia tempuhi waktu dekat-dekat nak kahwin nie...masalah urusan surat menyurat lah..masalah tarikh lah...masalah pengaturan dengan sanak saudara lah...tapi satu persatu dia dapat melaluinya sebab dia ni seorang yang kuat berdoa..apa-apa pun yang nak dikerjakan, mesti dimulai dengan doa. Sebab tu macam mana rumit sekalipun, sentiasa Tuhan bukakan jalan untuk dia.

Sehinggalah pada urusan yang terakhir, iaitu menggantung nama di Pejabat Pendaftaran. Tujuan gantung nama ni, supaya mana tau ada sesiapa yang tak rela mereka ni berkahwin..masa tu la dia boleh menghalangnya dengan mengatakan si gadis atau si teruna itu tidak layak berkahwin atas sebab-sebab tertentu dan harus juga disertai dengan bukti...dulu, gantung nama cuma diperlukan 21 hari..tapi aku dengar baru-baru ini, peraturan telah diubah kepada 1 bulan..lama juga kan merasakan debaran itu...

Jadi, aku sempat lah bergurau dengan kawan aku ni..."jeng..jeng..jeng...21 hari mencari cinta tue..."
Terus kawan aku ni kata..."21 hari mencari kehendak Tuhan lah..." ermmm...iya juga kan..mana tau dalam 21 hari tu, Tuhan kata si teruna itu bukan jodoh dia...siapa tau kan...

dan beberapa hari selepas itu...tak sangka pula yang aku ni pun memerlukan 21 hari untuk dilalui...bukan 21 hari mencari cinta..atau 21 hari mencari kehendak Tuhan...tetapi...21 HARI UNTUK PEMULIHAN..

Kenapa 21 hari??

entahlah...tapi secara alkitabiah juga...Daniel mengambil waktu selama 21 hari untuk berkabung dan berpuasa...dan di gereja-gereja juga selalu mengambil masa 21 hari untuk berpuasa ketika mendoakan sesuatu perkara.

Lalu aku juga ingin mengambil masa selama 21 hari untuk melalui satu proses pemulihan. Tidak mungkin dengan sekelip mata sahaja seseorang itu dapat bersukacita atas perkara sedih yang telah terjadi. Dan tidak mungkin rasa kecewa itu bisa terubat dengan mudahnya. Semuanya harus melalui proses..dan bagi aku...aku menetapkan waktu selama 21 hari untuk dipulihkan...bila kah ianya bermula dan bila kah ianya akan berakhir, biarlah itu hanya aku dan Tuhan saja yang tau.

Aku sangat mengharapkan agar waktu selama 21 hari ini cukup untuk memulihkan hati dan fikiranku sekalipun rasanya seperti aku perlu menambah waktu itu kepada 42 hari...hahahaha...tapi kalimat ini selalu bermain di fikiran ku..dan inilah yang selalu menguatkanku untuk terus meyakini bahawa aku pasti boleh dipulihkan dengan waktu 21 hari ini...

"Jangan memikirkan betapa besar dan beratnya beban itu...tetapi fikirkanlah dengan siapa aku berjalan dan kepada siapa aku berharap kerana DIA Tuhan mampu melakukan segala perkara"

Khamis, 4 Oktober 2012

Indah pada waktuNYA....

Aku tidak pasti apakah Tuhan punya cara untuk melakukan ini semua dan apakah Tuhan juga menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan ini semua...Tapi apa yang aku rasakan pada saat ini, seolah-olah Tuhan menjalankannya begitu teratur di dalam hidupku...

Dan aku juga tertanya-tanya, apakah Tuhan mengizinkan semuanya ini berlaku..apakah Tuhan memang membiarkan semua kesempatan-kesempatan itu terjadi? Rasanya seperti tidak masuk akal jikalau seandainya Tuhan sengaja membiarkan itu sempat terjadi dalam hidupku..

Tapi bila aku fikirkan kembali, ianya seperti salah satu cara Tuhan mengajar aku, mendidik aku dan meneguhkan aku..Dia sepertinya membiarkan aku jatuh supaya Dia dapat memperlihatkan kepada aku bahawa pada saat aku jatuh..hanya Dia saja yang bisa mengangkat aku..dan melalui kejatuhan ini..aku dapat melihat kebenaran FirmanNya bahawa ketika Dia membiarkan aku terjatuh, Dia tidak membiarkan aku jatuh sampai tergeletak dan terkapar-kapar putus harapan dan hancur segalanya...

Ya memang benar..hatiku hancur...seperti sebuah nyanyian..Separuh Jiwaku Pergi..tapi aku bersyukur kerana dari kehancuran ini, Tuhan telah memulihkan aku...aku merasa terlepas dari setiap ikatan-ikatan yg menghalang aku untuk menjadi diri sendiri...terlepas dari segala ikatan-ikatan yang menghalang aku untuk melakukan semua yang terbaik untuk Tuhan...

Siapa aku ini di hadapan Tuhan sehingga Dia begitu baik padaku?? Itu pertanyaan ku sebentar tadi...tapi dalam sekelip mata saja Tuhan menaruhkan jawapan yang terindah di hatiku...sehingga...aku berani mengatakan kepada semua orang bahawa aku antara bukti Kasih Karunia Allah itu ada!!!

Isnin, 17 September 2012

Ternyata fikiran menang...

Fuh...hampir-hampir aku kehilangan blog ku ini..entah siapa lah pula yang pergi report spam sampai blog aku yang tidak ada pengikut dan tidak ada pembaca boleh kena blocked...nasib setelah aku mengemukakan rayuan ke pihak berwajib, akhirnya di-release kan la juga...kalau tidak..sia-sialah segala coretan ku selama ini..biarpun tiada pembaca, tapi aku sayang blog ini sebab kalau aku boring-boring, aku boleh baca balik apa yang sudah pernah ku catatkan dalam sini...

yaaa...merujuk kepada tajuk besar di atas...ternyata fikiran menang dan mengalahkan hati...fikiran dapat menguasai hati sehingga hati ikut kemahuan fikiran...seharusnya fikiran kena faham apa yang dimau oleh hati...tapi mungkin hati tidak cukup kuat untuk mempertahankan kemahuan nya...ermmm...dan...mungkin inilah yang dimaksudkan...menduakan hati...tanpa disedari, hati telah terbahagi kepada dua bahagian...hati yang menolak dan hati yang menginginkan...hati yang menginginkan itu bersatu dengan fikiran yang tidak mau melupakan..maka, hati yang menolak itu kalah...(kalau kamu nda paham, nda apa..ini untuk pemahaman ku sendiri ja...)

kalau begitu....aku ikut caranya Ustaz Akhil Hayy ketika menghadapi persoalan iaitu JUST FOLLOW THE FLOW...simple, mudah dan tenang...

Khamis, 13 September 2012

Hati dan Fikiran Susah Nak Seiring dan Sejalan??

Melepaskan sesuatu yang pernah duduk lama dalam hati kita rupa2nya bukanlah semudah menulis text msg "hai...gudmoning" lalu send out...Bila hati nekad melepaskannya..fikiran pula tak nak lepaskan..huh...macam mana mau kasitau tu otak supaya berhentilah fikir semua tue?? tidak cukup sekadar mengatakan.."sudahlah tue..macam mana pun ..harus juga dilupakan...".. pasti ada cara lain...

orang selalu kata...MASA yang berlalu itu akan mengubati...memulihkan...dan melupakan...tapi belum nampak kesannya nie..sebab..baru ja beberapa jam berlalu sebelum aku menulis di blog ini...hehehehehe...maksudnya...2-3 jam itu belum cukup..perlu 2-3 hari...erm...I dont think so...2-3 minggu mungkin iya..dgn syarat...hati dan fikiran itu harus seiring..