Isnin, 15 Oktober 2012

Berbalik pada kenangan...

Kadang kala kita tidak suka memikirkan hal-hal yang sudah lama berlalu...bagi sesetengah orang..yang berlalu itu biarlah sekadar menjadi kenangan yang terukir..apatah lagi kalau itu ialah kenangan yang pahit, lagilah orang tak nak fikirkan balik..

tapi hari ini...bila aku putar balik rakaman yang pernah dirakam setahun yang lalu...membuatkan aku menyedari bahawa mengimbau kembali kenangan itu sangat-sangat menyedarkan aku posisi diri ku pada masa kini...

kenangan lalu itu membuatkan aku berfikir sedalam-dalamnya apakah keputusan-keputusan yang ku ambil sekarang ini benar atau tidak...kenangan lalu itu juga membuatkan aku berfikir apakah tindak tanduk ku sekarang ini benar atau tidak...

dan melalui imbauan kenangan ini..membuatkan aku menyedari betapa aku mencintai kehidupan ku yang lalu...kehidupan yang sebelum semuanya ini bermula...kehidupan yang tidak menuntut aku untuk selalu memikirkan hal-hal yang sia-sia...


Andaikan ku harus memilih..satu pujian yang sangat memberi inspirasi kepadaku..seandainya aku berdiri di antara dua pilihan yang mana aku harus memilih salah satu dari antaranya..di manakah yang menjadi pilihan ku...kiri atau kanan...atau pun depan atau belakang? tapi dengan menyanyikan pujian ini, secara tidak langsung aku sudah menyatakan ikrar ku kepada Tuhan bahawa seandainya aku harus memilih...tetap hatiku padaNYA..dan ini juga bermaksud bahawa...aku juga berikrar untuk memilih semuanya yang diinginkan dan dikehendaki Tuhan di dalam hidupku...aku harus memilih semuanya yang telah diberkati Tuhan dan dalam masa yang sama..melepaskan semuanya yang tidak berkenan di hadapanNYA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan