Rabu, 10 Oktober 2012

21 Hari...

Aku teringat perbualan ku dengan seorang teman minggu lalu...dia ni dalam rangka untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya...banyak sekali dugaan yang dia tempuhi waktu dekat-dekat nak kahwin nie...masalah urusan surat menyurat lah..masalah tarikh lah...masalah pengaturan dengan sanak saudara lah...tapi satu persatu dia dapat melaluinya sebab dia ni seorang yang kuat berdoa..apa-apa pun yang nak dikerjakan, mesti dimulai dengan doa. Sebab tu macam mana rumit sekalipun, sentiasa Tuhan bukakan jalan untuk dia.

Sehinggalah pada urusan yang terakhir, iaitu menggantung nama di Pejabat Pendaftaran. Tujuan gantung nama ni, supaya mana tau ada sesiapa yang tak rela mereka ni berkahwin..masa tu la dia boleh menghalangnya dengan mengatakan si gadis atau si teruna itu tidak layak berkahwin atas sebab-sebab tertentu dan harus juga disertai dengan bukti...dulu, gantung nama cuma diperlukan 21 hari..tapi aku dengar baru-baru ini, peraturan telah diubah kepada 1 bulan..lama juga kan merasakan debaran itu...

Jadi, aku sempat lah bergurau dengan kawan aku ni..."jeng..jeng..jeng...21 hari mencari cinta tue..."
Terus kawan aku ni kata..."21 hari mencari kehendak Tuhan lah..." ermmm...iya juga kan..mana tau dalam 21 hari tu, Tuhan kata si teruna itu bukan jodoh dia...siapa tau kan...

dan beberapa hari selepas itu...tak sangka pula yang aku ni pun memerlukan 21 hari untuk dilalui...bukan 21 hari mencari cinta..atau 21 hari mencari kehendak Tuhan...tetapi...21 HARI UNTUK PEMULIHAN..

Kenapa 21 hari??

entahlah...tapi secara alkitabiah juga...Daniel mengambil waktu selama 21 hari untuk berkabung dan berpuasa...dan di gereja-gereja juga selalu mengambil masa 21 hari untuk berpuasa ketika mendoakan sesuatu perkara.

Lalu aku juga ingin mengambil masa selama 21 hari untuk melalui satu proses pemulihan. Tidak mungkin dengan sekelip mata sahaja seseorang itu dapat bersukacita atas perkara sedih yang telah terjadi. Dan tidak mungkin rasa kecewa itu bisa terubat dengan mudahnya. Semuanya harus melalui proses..dan bagi aku...aku menetapkan waktu selama 21 hari untuk dipulihkan...bila kah ianya bermula dan bila kah ianya akan berakhir, biarlah itu hanya aku dan Tuhan saja yang tau.

Aku sangat mengharapkan agar waktu selama 21 hari ini cukup untuk memulihkan hati dan fikiranku sekalipun rasanya seperti aku perlu menambah waktu itu kepada 42 hari...hahahaha...tapi kalimat ini selalu bermain di fikiran ku..dan inilah yang selalu menguatkanku untuk terus meyakini bahawa aku pasti boleh dipulihkan dengan waktu 21 hari ini...

"Jangan memikirkan betapa besar dan beratnya beban itu...tetapi fikirkanlah dengan siapa aku berjalan dan kepada siapa aku berharap kerana DIA Tuhan mampu melakukan segala perkara"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan