Rabu, 24 Oktober 2012

Recovery - 21 Days

Aku sudah lupa bahawa hari ini adalah hari yang ke 21 itu..tadi semasa aku sedang memandu, Tab ku yang ku sayangi berbunyi...lalu, sebelah tangan pegang stereng..sebelah tangan korek bag keluarkan Tab..sempat aku terkejut bila yang kelihatan di skrin Tab itu "Recovery - 21 Days"...eiiii?? apakebende nie...period?? nda mungkin...atau ada janjitemu dengan pakar sakit puan?? sudah berlalu pun...

sekali aku memandang keluar tingkap kereta...seolah-olah aku mendapat jawapan dari sana...ya..terus aku teringat...hari ini aku telah men'set' kan di calendar Tab ku bahawa hari ini adalah hari yang ke 21 aku selesai melalui proses pemulihan itu...

hurrrmmm...nampaknya...sia-sia...aku rasa..hari ini baru nak bermula proses itu...selama 21 hari yg lalu aku gagal...mungkin sukar untuk melakukannya sendirian tanpa kekuatan dan penyerahan yang sungguh-sungguh kepada Tuhan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan